Site icon Conservation news

Brazil akan melancarkan sistem kawalan penyahhutanan baru yang boleh ‘dilihat’ menerusi awan.

Brazil akan melancarkan satu resolusi berkenaan sistem kawalan penyahutanan yang berkemampuan untuk mengesan kegiatan pembersihan hutan menerusi keadaan di bawah awan.



Menteri Alam Sekitar, Izabella Teixeira, menerusi kenyataannya pada Isnin lepas berkata INDICAR – Imaging and Radar Deforestation Indicator (Indikator Imej dan Radar Penyahutanan) – dibangunkan untuk meningkatkan keupayaan pengawalan penyahutanan di Brazil yang mana telah diketahui mencapai piawaian dunia. Sistem tersebut akan menggunakan data dari satelit ALOS milik Agensi Angkasa Jepun (Japanese Space Agency’s ALOS), yang dilengkapi dengan dua radar iaitu radar penembusan awan dan radar pengesan optikal, ia membolehkan Brazil mengesan kehilangan hutan buat pertama kalinya apabila mempunyai keupayaan melihat menerusi awan. Terkini, Brazil mengawal penyahutanan menerusi pusingan tahun, tetapi perangkaan dilakukan pada akhir Julai apabila awan berhenti pada kadar minimun di kawasan Amazon.



Resolusi Terbaik



Click to enlarge

INDICAR bakal mengenalpasti kawasan penyahutanan melebihi 10 hektar, ia bagi menambahbaian kepada Sistem Pengesanan Kadar Sebenar Penyahutanan, DETER (Real Time Deforstation Detection System) yang digunakan sekarang untuk mengesan pembersihan hutan dalam kadar sebenar, tetapi resolusinya masih terhad iaitu lebih kurang 25 hektar sahaja. Apabila DETER kehilangan signifikasi terhadap pengiraan kadar penyahutanan, Brazil telah bergantung kepada PRODES (Program to Calculate Deforestation in the Amazon – Program Pengiraan Penyahutanan di Amazon), ia boleh mengesan kawasan penyahutanan lebih daripada 6.5 hektar, bagi melakukan penentuan kadar tahunan penyahutanan. Institut Kajian Angkasa Nasional Brazil (INPE) pula menyatakan bahawa, data daripada DETER tidak seharusnya digunakan untuk membuat statistik kadar anggaran tahunan penyahutanan.



Penyahutanan Menurun pada bulan Ogos



Menurut Teixeira, data DETER yang terkini menunjukkan kadar penyahhutanan di kawasan Amazon Brazil berkurangan, dengan pembersihan hutan sebanyak 265 kilometer persegi pada Ogos 2010, menurun kepada 47 peratus daripada 498 kilometer persegi pada Ogos 2009. Data-data bagi tempoh Ogos 2009-Julai 2010 akan dikeluarkan pada bulan November.



Exit mobile version