Site icon Conservation news

2 spesis baru dinosaur, termasuk 15-haiwan bertanduk, telah ditemui di Utah

Associated Press melaporkan bahawa saintis telah menemui dua spesis dinosaur di Utah yang sehingga kini belum diketahui spesisnya. Spesis tersebut telah dihuraikan dalam jurnal terbaru PLoS ONE.



Kedua-dua spesis tersebut adalah berkaitan dengan Triceratops. Salah satu ialah Kosmoceratops richardsoni, mempunyai 15 tanduk di atas kepalanya. Manakala selebihnya ialah Utahceratops gettyi, yang hanya mempunyai lima tanduk.



Kosmoceratops richardsoni adalah yang terbesar, berukuran antara 18 hingga 22 kaki panjang dan berat lebih kurang tiga hingga empat tan. Berkemampuan untuk mencapai dalam kawasan sekitar yang tujuh meter panjang. Manakala kemampuan kakinya pula bagi kawasan yang berukuran enam kaki tinggi.




Rajah kerangka merangkumi Utahceratops gettyi n. gen et n. sp. dan Kosmoceratops richardsoni n. gen et n. sp. Utahceratops gettyi terdiri daripada enam spesimen termasuk dua bahagian tengkorak, yang mana keduanya menyokong 96% daripada tengkorak dan 70% kerangka luar. Elemen yang ditonjolkan adalah bahagian yang telah diawet. Kosmoceratops richardsoni dikenali daripada empat spesismen, salah satu tengkoranya hampir selesai diawet dan 45% daripada postcranium. Skala menunjukkan panjang bahagian tersebut adalah satu meter. Rajah dipetik daripada Sampson et al. (2010).

Utahceratops gettyi mempunyai berat anggaran 2.5 tan dan mencapai ukuran 15 kaki panjang.



Fosil-fosil tersebut telah ditemui di Grand Staircase-Escalante National Monument, dengan keluasan 1.9 juta ekar dari gurun di Utah Selatan. Dinasor tersebut dipercayai telah menjelajah seluruh wilayah yang mana sebahagian daripada benua kuno Laramidia lebih kurang 74 hingga 77 juta tahun lampau.



Para penyelidik menyatakan, hasil jumpaan tersebut telah memberikan sokongan terhadap andaian bahawa wujudnya pusat endemik dinosaur dalam tempoh tersebut.



Sampson SD, Loewen MA, Farke AA, Roberts EM, Forster CA, et al. (2010) New Horned Dinosaurs from Utah Provide Evidence for Intracontinental Dinosaur Endemism. PLoS ONE 5(9): e12292. doi:10.1371/journal.pone.0012292

Exit mobile version